Kebaikan Teh Untuk Kesihatan

Wednesday 21 May 2014
Mungkin rata-rata di antara anda yang lebih menggemari kopi berbanding teh. Antara minuman yang tertua di dunia, teh sememangnya terkenal dengan sifat antioksida. Berikut merupakan khasiat teh, menurut kajian daripada Jean Mayer Human Nutrition Research Center di Amerika Syarikat.


pengedar shaklee bangi
Teh chamomile
Teh ini sangat bagus untuk menenangkan fikiran, mengatasi kegelisahan dan memberikan anda tidur yang nyenyak. Sekiranya diamalkan, ia mampu melancarkan pencernaan dan melegakan sakit perut.

Teh peppermint
Sangat berkesan mengurangkan stres. Kandungan kalsium, potassium dan vitamin B yang terdapat di dalam teh ini boleh mengurangkan masalah sembelit dan memaksimumkan penggunaan otak. Selain daripada itu, ia bagus untuk kesegaran mulut.

Hibiscus
Teh bunga raya dikatakan mampu menjaga dan memperbaiki metabolisme tubuh. Ia turut mampu menurunkan tekanan darah kepada mereka yang hipertensi.

Teh Juniper
Teh ini bukan sahaja agen detoks yang baik malah ia mampu menjadi antiseptik yang mencegah radang pada pundi kencing. Ramai yang percaya teh ini boleh menyembuhkan flu.

Teh Hijau
Sememangnya teh hijau merupakan kegemaran mereka yang sedang berdiet kerana ia terkenal dengan kandungan anti-oksida yang tinggi yang mampu melancarkan metabolisme badan serta meningkatkan daya imun seseorang.


pengedar shaklee bangi


Teh Lemon Balm
Sekiranya anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, teh ini wajib dijauhi kerana ia akan membuatkan perut anda menjadi lapar. Bagi mereka yang mempunyai masalah selera makan dan mahu menaikkan berat badan, jadikan teh ini sebagai minuman harian anda.

Teh Rosemary
Daunnya banyak digunakan untuk ketika memasak untuk memberi rasa yang eksotik pada makanan dan tehnya pula mampu memelihara pembuluh darah anda serta memastikan pengaliran darah ke seluruh badan berjalan dengan lancar. Ia dipercayai dapat meredakan sakit kepala.

Thyme
Anda mempunyai masalah resdung? Amalkan meminum teh thyme setiap hari. Ia mampu melegakan rasa gatal yang keterlaluan pada hidung serta mengurangkan rasa kurang selesa akibat hingus yang kerap mengalir.





pengedar shaklee putrajaya

Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi


Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee

0 comments:

Post a Comment