Batuk Dan Selsema

Sunday 30 March 2014
Disebabkan sekarang musim batuk dan selsema tambahan pulak kedua-dua puteri saya diserang selsema dan batuk, terpanggil untuk menulis entry untuk ilmu & sharing kita bersama. Tips-tips nie boleh membantu anda untuk mengeluarkan kahak pada anak-anak anda dan juga Alternatif supplement yang dicadangkan supaya mereka susah mendapat serang batuk dan selsema lagi.

pengedar shaklee bangi


BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.


pengedar shaklee bangi


"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

pengedar shaklee bangi


Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.


Alternatif supplement

Anda boleh juga memberikan anak anda Mealshake untuk meningkatkan imun badan dan sebagai antibodi buat mereka. Biasa la kanak-kanak yang tinggal dinursery mudah dijangkiti batuk dan selsema. Daripada anda berulang alik ke hospital selang beberapa minggu dan memberi ubat yang mengandungi dadah lebih baik berikan mereka suplimen untuk kuatkan antibody mereka melawan batuk dan selsema.

pengedar shaklee bangi


Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
1.            Kurangkan Ekzema
2.            Untuk Tumbesaran
3.            Untuk Perkembangan Minda
4.            Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
5.            Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
6.            Untuk Anak kekal aktif
7.            Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
8.            Meningkatkan berat badan anak
9.            Membantu anak fokus
10.         Membantu kurangkan kekerapan asthma
11.          Mengatasi masalah sembelit pada anak
12.          Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
13.          Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
14.          Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
15.          Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Cara pengambilan :

1 sudu sekali sehari sahaja hanya campurkan dalam susu mereka mudahkan..rasanya juga enak..perisa vanilla..





Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi

Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee


Senggugut Dan Anda

Thursday 27 March 2014
Senggugut dan Rawatan

Artikel Sumbangan- Dr Norlida bt Hj Kairon

Insan yang dipanggil wanita ini melalui berbagai fasa dalam hidup mereka samada dari fasa baligh,reproduktif seterusnya menopos. Yang pastinya ia tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid bulan-bulan. ‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’ atau haid semuanya sama. Pasti tidak lengkap sekira ingin mendalami masaalah seseorang wanita tersebut, tanpa sejarah haidnya.
Pengaliran haid setiap insan wanita itu berlainan dengan yang lain. Dari segi jumlah hari aliran juga kitarannya. Yang pasti ada pula yang mengalami senggugut ataupun sebaliknya

APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.

SENGGUGUT PRIMER
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an.Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
-  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari.Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang
senggugut



Faktor risiko
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut

Kenapa ia berlaku?
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon  ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?

Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?
Tanpa ubat:
-   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan   berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
-   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
-   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
*  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.

Dengan Ubat:
-  sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah
gla




Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut
Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut. 
Senggugut sekunder
Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi propagandist.





Rawatan Senggugut sekunder
Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.
Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.

Komplikasi
Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya.  Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.
Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.

Selain cara dan rawatan yang disarankan kita juga boleh mencuba GLA Complex untuk mengatasi senggugut yang sering menyerang setiap kali dating bulan.

senggugut


SIAPA PERLU MAKAN GLA COMPLEX?


§     perempuan yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur
§     perempuan yang berkahwin untuk kesuburan dan ingin hamil
§     perempuan yang ingin mendapatkan kulit wajah yang cantik serta menghilangkan jerawat
§     perempuan yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.

APA FUNGSI GLA COMPLEX?


§     membetulkan hormon dan kitaran haid
§     melegakan kesakitan ketika datang haid
§     meningkatkan kesuburan
§     melambatkan menopaus
§     memperlahankan proses penuaan
§     menguatkan rambut dan kuku
§     membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat
§     melembabkan kulit  dan menjadikan kulit wajah berseri-seri
§     menangani masalah ekzema
§     mengawal kolestrol
§     menguatkan dinding ateri
§     meningkatkan sistem imun tubuh


Selain itu, kita juga boleh mengamalkan membaca doa ini :

gla complex



Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi

Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee