Showing posts with label herb lax. Show all posts
Showing posts with label herb lax. Show all posts

Cara mudah atasi obesiti

Monday, 16 June 2014
Kadar obesiti rakyat Malaysia serius
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi. Ketika itu kadar obesiti mencatat 44.4 peratus, namun meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.

pengedar shaklee bangi

Tahun berganti tahun, kajian teliti terus dilakukan, statistiknya tidak pernah menunjukkan pengurangan meskipun pelbagai kempen dan kaedah penyelesaian dilakukan. Malah tahun lalu, rekod terbaru yang diterima, sebanyak 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes.



Takut? Memang mengerikan. 


Peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam. Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehingga tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.



Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman. Justeru jalan penyelesaiannya adalah dengan kita sendiri perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan.



pengedar shaklee bangiObesiti perlu ditonjolkan sebagai satu penyakit bagi menunjukkan betapa ia boleh membahayakan kesihatan seseorang. Ini kerana langkah awal perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berdepan nasib malang apabila dewasa kelak. 



Kebanyakan kita tidak menyedari yang obesiti adalah penyakit. Jadi, tiada siapa peduli dan berfikir yang gemuk itu OK. Apabila kita menganggapnya sebagai satu penyakit, ia akan menyedarkan orang ramai. Obesiti adalah faktor asas bagi penyakit kronik seperti kencing manis.



Obesiti dan berat badan berlebihan antara faktor berlakunya risiko penyakit kencing manis jenis II dan kencing manis gestasi yang berlaku sewaktu kehamilan. Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk kedua-duanya; obesiti dan kencing manis.



Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dalam satu kenyataan sebelum ini kepada media pernah berkata yang terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.




Bukan senang hendak kurus..pelbagai produk telah dicuba,ditelan, dimakan, malah tiada Nampak hasil yang memuaskan hati..slimming center pulak makan riban-riban yea dak…mane nak cari duit…so cara mudah yang boleh anda cuba adalah set slimming daripada Shaklee… harganya yang berpatutan dan tahan sehingga 2-3 bulan..ramai yang telah mencubanya dan in shaa Allah hasilnya tidak mengecewakan dan yang lagi best ianya semua terdiri daripada bahan-bahan semulajadi tiada bahan sintetik… kuruslah secara sihat..dengan set slimming daripada Shaklee anda tidak perlu menahan lapar.tidak perlu menahan karbo..
Set slimming Shaklee terdiri daripada Alfafa, Herb Lax dan Lecithin..dapat membantu anda menghapuskan lema jahat yang terkumpul dan mengelakkan makanan yang kita makan menjadi lemak yang terkumpul didalam badan…

pengedar shaklee bangi

Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi


pengedar shaklee bangi


Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee

SEMBELIT

Monday, 12 May 2014
PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.
Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

“Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

pengedar shaklee bangi


“Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.“Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.

“Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.

“Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.
“Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,” ujarnya,

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.
Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

“Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.
“Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.

“Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
“Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.

“Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.
“Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.

Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.

Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.

“Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.
“Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.

“Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,” ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.jadi ikutilah petua tradisioanal yang mudah dan ringkas ini:


pengedar shaklee bangi


Jika anda mempunyai masalah sembelit dan sukar untuk membuang air besar anda boleh mencuba petua mudah ini iaitu dengan minum air pisang masak caranya ambil 2 biji pisang lemak manis yang cukup masak kisar bersama 1 gelas air sejuk setelah itu minumlah air pisang tersebut.Lakukan setiap hari sehingga sembelit anda sembuh.

selamat mencuba.Jangan lupa klik share..selain itu, herba lax juga dapat membantu melembutkan najis dan memudahkan anda membuang air besar.




pengedar shaklee bangi


Manfaat Utama Herb-Lax Shaklee
1.      Pembersihan najis yang tersekat.
2.    Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
3.    Membantu masalah sembelit.
4.    Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
5.    Mengempiskan perut
6.    Memejalkan perut

Sumber-sumber herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax Shaklee:
1.          Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
2.         Licorice root - membantu proses detoksifikasi
3.         Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus.
4.         Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
5.          Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
6.         Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
7.         Culver’s root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
8.          Alfalfa leaf - membersihkan usus, darah dan hati.
9.         Senna leaf - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
§
 Siapa Yang Memerlukan Herb-Lax Shaklee?
1.         Mereka yang pengamal tegar ubat tahan sakit
2.         mereka yang ada masalah pembuangan kurang lancar
3.          mereka yang banyak jerawat
4.         pesakit gout
5.         dan kita yang ingin membersihkan usus.
   
Lain-lain manfaat :
1.       Memudahkan fungsi usus
2.       Menghilangkan jeragat

3.       Mengurangkan bau badan





Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi


Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee