Showing posts with label ESP shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP shaklee. Show all posts

Akibat memakai masker ESP dan Vita C!!

Tuesday, 10 June 2014
Salam uolls…macam mana cuti sekolah?? Sure meriahkan anak-anak semua ada dirumah..biasalah  bila dah ramai tu macam-macam kerenah nak kena layan betul tak..balik kerja penat , layan lak kerenah anak-anak..tak pe demi mereka..Wahai wanita semua kecantikan tetap kena jaga juga tau untuk cik abang sambil-sambil sebelum tido tu boleh cuba resipi masker dengan vita c ni..mudah sangat tak sampai 5 minit dah siap..tambahan bahannya mudah dan semua daripada bahan semula jadi..


RESEPI MASKER #6: ESP +VITAMIN C

BAHAN-BAHAN :

1 sudu esp
1 biji vitamin c

Cara-cara:
1. Hancurkan 1 biji vitamin c
2. Campurkan bersama dengan 1 sudu esp
3. Gaul dengan sedikit air
4. Sapukan masker di muka selama 15-20 min
5. Bersihkan dengan air


pengedar shaklee bangi




Rasailah perbezaan pada kulit wajah anda..seelok-eloknya amalkan seminggu 2-3 kali

Jom la kita cuba ni baru dikatakan cantek luar cantek dalam..memang tidak dinafikan lagi ESP dan Vita C ni terkenal dengan set kecantikan malahan bukan sahaja untuk dimakan siap leh jadi masker..jimat apa..tak perlu la ke spa untuk bermasker or beli masker lain..buat sendiri dengan produk sedia ada dirumah.Mudah, jimat & selamat..Masker ESP dan Vita C . Sudah cuba pasti jatuh cinta..



pengedar shaklee bangi

Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi


Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee

Botak Sebelum Usia??AWAS!!

Monday, 2 June 2014
Idaman setiap wanita..rambut cantik, sihat, bersinar dan kuat...rambut...

pengedar shaklee bangi



Gelaran diberi sebagai mahkota seorang wanita, jadi sebagai aset yang berharga jangan pula anda abaikan penjagaan rambut kerana ia harus kekal cantik, sihat, lebat, hitam dan bersinar. Ada pelbagai jenis rambut bagi setiap orang. Oleh itu, cara penjagaan rambut juga berbeza bergantung kepada jenis rambut ini.


Seperti kulit, penjagaan mahkota berharga ini amat penting dan belaian harian akan memastikan rambut tidak terabai. Rambut yang rosak boleh berlaku disebabkan punca pemakanan tidak baik, tekanan emosi, ketidakseimbangan hormon dan perawatan rambut yang tidak bagus.
EH! berkongsi jenis rambut dan tips penjagaannya agar kekal sihat dan cantik.


1.Rambut normal
Jika jenis rambut ini adalah normal. Dengan kelembapan dan minyak yang dikeluarkan dari kepala tidak lebih dan tidak kurang sangat mudah untuk dijaga.
Tips penjagaannya juga mudah. Hanya gunakan syampu setiap dua hari sekali dan gunakan perapi rambut untuk mengekalkan kelembapannya.

2. Rambut berminyak
Rambut jenis berminyak adalah disebabkan kelenjar di bahagian kulit kepala yang aktif. Rambut akan nampak basah dan berminyak sekaligus membuatkan rambut dan kulit kepala cepat kotor. Bahkan liang pori di bahagian kepala juga akan mudah tersumbat disebabkan minyak yang berlebihan dan punca kepada rambut gugur.
Penjagaan untuk rambut jenis berminyak adalah dengan mencuci rambut dengan lebih kerap agar ia kekal bersih dan cantik.

3. Rambut kering
Rambut kering akan menyebabkan rambut kelihatan kusam dan kering disebabkan kelenjar minyak yang kurang mengeluarkan minyak. Selalunya rambut jenis ini mudah kusut dan rosak di bahagian hujung rambut. Terlalu kerap menggunakan pengering rambut dan syampu juga boleh mengakibatkan rambut mudah rapuh.
Tip penjagaan rambut jenis kering ini adalah dengan membilas rambut dengan air dan menggunakan serum untuk rambut kusam agar rambut kekal lembap dan sihat.


 Petua Rambut Cantik Berkilau


pengedar shaklee bangi


Limau dan Santan

Bagi mendapatkan rambut yang hitam bersinar, campurkan segelas perahan santan dan limau. Lumurkan campuran itu pada rambut dan dibiarkan dalam 15 minit. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan rutin ini sebanyak tiga kali seminggu bagi menampakkan hasilnya.

Susu
Isi susu kedalam botol semburan. Semburkan susu tadi keseluruh rambut dengan rata. Biarkan susu tadi meresap dalam 15 – 20 minit kemudian cuci rambut dengan bersih. Jika kamu amalkan semburan susu ia boleh membantu menyegarkan rambut serta rambut akan mudah diurus.
Lendir Bunga Raya
Ramas tiga hingga empat tangkai bunga raya kedalam sebesen air suam sehingga mengeluarkan lendir. Lumur pada rambut dengan rapi dan dibiarkan untuk 15 minit. Kemudian bilas dan biarkan rambut kering dengan sendirinya. Kamu akan kagum dengan hasilnya nanti.


sumber : www.eh.com.my 

Selain itu, or cara paling mudah Anda semua boleh mengambil vitamin tambahan untuk membantu menyihatkan rambut anda. Set penjagaan  rambut Shaklee adalah cadangan vitamin rambut yang berbaloi-baloi,ia murah dan in shaa Allah berkesan. Betul-betul menjimatkan. Ia juga dapat mengatasi rambut gugur dan menguatkan akar rambut supaya tidak mudah putus. Set penjagaan rambut Shaklee terdiri daripada Zinc dan ESP. Zinc menyediakan kalsium untuk kesihatan badan, rambut, kuku dan gigi. ESP pulak mengandungi kandungan protein yang tinggi dimana badan memerlukan protein untuk kesihatan dan kecantikan. Best tau set rambut Shaklee ni..


pengedar shaklee bangi




pengedar shaklee bangi




Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi


Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee



TIDUR TANPA PAKAIAN BOLEH KURUSKAN BADAN??

Tuesday, 20 May 2014

Selain daripada bersenam dan menjaga makan, banyak lagi sebenarnya cara untuk menguruskan badan sehinggakan kadangkala kami rasakan seperti tidak logik pula. Terbaru menurut penulis buku The Hormone Diet, Dr Natasha Turner, anda boleh kurus sekiranya tidur di dalam keadaan berbogel!


pengedar shaklee bangi


Dr Turner mengatakan sekiranya anda tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan anda seakan-akan menekan butang ‘reset’ kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda di dalam keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut.

pengedar shaklee bangi



Bukan itu sahaja, tidur dalam keadaan tidak berpakaian akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres dan memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur. Dan sekiranya banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, seseorang akan merasa sangat lapar setelah bangun tidur dan membuatkannya makan lebih daripada yang sepatutnya.



Selain daripada itu, pakaian yang memanaskan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang mempercepatkan proses penuaan. Jika anda tidur tanpa pakaian, kulit akan menjadi lebih senang dipulihkan sekiranya mempunyai cela kerana hormon pertumbuhan akan menjadi lebih aktif. Untuk pasangan yang sudah berkahwin, tidur di dalam keadaan berbogel mampu menambahkan rasa sayang kerana kulit saling bersentuhan dan akan menjadikan hubungan seks lebih ghairah.


SUMBER : www.eh.com.my





pengedar shaklee putrajaya

Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi


Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee




Susu Kering Ketika Berpuasa??Mitos atau Benar!!

Sunday, 18 May 2014
UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
pengedar shaklee bangi




Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

“Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa..

“Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan,” kata Zatul Hijanah Ramzi.

Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
“Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi,” ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
“Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu,” jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.


pengedar shaklee bangi


Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.
Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.

“Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep ‘permintaan dan penawaran’ adalah amat penting.

“Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu,” jelasnya.
FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.

Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

“Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.

“Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali,” jelasnya.

Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.

Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.
“Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.
“Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.
Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.
“Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap,” ujarnya.

Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.

Sumber : http://duniasusuibu.com/ramadhan/susu-ibu-tidak-akan-kering/#.U3mkrfmSzms



Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian dari saya, sebagai pengedar Shaklee Bangi,Teras Jernang, UKM, Putrajaya, KPM,Uniten. Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee




Tips Memperbanyakkan Susu Ibu

Tuesday, 13 May 2014

Tips memperbanyakkan susu ibu..antaranya ialah :

Pelbagai sayur-sayuran
Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran yang digalakkan adalah brokoli, sawi putih dan lobak putih.
Buah-buahan
Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.
Bijirin
Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.


pengedar shaklee bangi




Buah-buahan kering
Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot,  secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang cukup tinggi. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Ikan
Ikan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.
Produk tenusu
Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.
Teh herba
Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.
Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar.


Selain itu, kita juga boleh mengamalkan membaca doa dibawah untuk meningkatkan susu ibu

pengedar shaklee bangi

Disini saya juga suka untuk berkongsi tips/cara penyusuan yang betul bagi mengelakkan Cik B melecet, luka, sakit ,pedih dan membantu melancarkan aliran susu.

pengedar shaklee bangi

Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi


Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee

pengedar shaklee putrajaya


HEBATNYA SUSU IBU

Friday, 9 May 2014
Susu ibu kebaikannnya tidak dapat ditandingi oleh susu formula..Khasiatnya berkali-kali ganda lebih tinggi daripada susu-susu lain..


pengedar shaklee bangi


Antara kebaikan susu ibu adalah:
Untuk bayi:
·         Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
o    Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
o    Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
·         Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
o    Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
·         Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
·         Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
·         Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
·         Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
·         Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
·         Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
·         membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
·         membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
·         mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
·         menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
·         Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

·         Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

pengedar shaklee bangi





Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang, 
Pengedar Shaklee UKM, 
Pengedar Shaklee Putrajaya, 
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten, 
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi


Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee


pengedar shaklee putrajaya