Senggugut dan Rawatan
Artikel Sumbangan-
Dr Norlida bt Hj Kairon
Insan
yang dipanggil wanita ini melalui berbagai fasa dalam hidup mereka samada dari
fasa baligh,reproduktif seterusnya menopos. Yang pastinya ia tidak lepas dari
pembabitan kedatangan haid bulan-bulan. ‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’
atau haid semuanya sama. Pasti tidak lengkap sekira ingin mendalami masaalah
seseorang wanita tersebut, tanpa sejarah haidnya.
Pengaliran
haid setiap insan wanita itu berlainan dengan yang lain. Dari segi jumlah hari
aliran juga kitarannya. Yang pasti ada pula yang mengalami senggugut ataupun
sebaliknya
APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut
atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia
merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan
dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka
yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari
aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid
normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara
senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau
sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti
endometriosis.
SENGGUGUT PRIMER
Senggugut
primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk
mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran
darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita
‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.
Selalunya
ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an.Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang
sakit ini.
Beberapa
jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya
selalu berlaku dengan
-
rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit
yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang
ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
*
tegang pada payu dara
*
pening kepala ,
*
rasa ‘pitam’
*
perut kembung
*
mual(50%) dan muntah(25%).
*
sembelit atau ceret-beret (35%)
*
tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit
selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari.Pada keseluruhannya
apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang
Faktor risiko
Kalangan
berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
*
Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
*
Sejarah keluarga juga punyai senggugut
Kenapa ia berlaku?
Banyak
sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon ‘prostaglandin’ di
sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini
berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada
wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.
Kenapa
ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak
diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang
konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?
Cara
Untuk Mengatasi Senggugut primer?
Tanpa ubat:
-
Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari
pertama atau permulaan pengaliran haid
-
‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di
bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water
bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
-
Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
*
Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.
Dengan Ubat:
-
sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
Ubatan
penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat
anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil
perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa
keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan
seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian
diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan,
stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah
Penggunaan alat
dalam rahim (IUD) dan senggugut
Setelah
di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut ada yang
mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang sakit apabila
IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. Ada juga yang telah lama
letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini berlaku di nasihatkan untuk
berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan alat itu. Agak kerap di dapati
alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan
rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.
Senggugut sekunder
Di
antara penyakit termasuk
*
Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ
pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid
menyebabkan sakit yang teramat sangat
*
Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari
dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
*
Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan
senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak
berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi propagandist.
Rawatan Senggugut
sekunder
Ubatan
– lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori
saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan
yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau
terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan
adalah definitif.
Kerap
berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun
wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah
perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk
menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu.
Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu
boleh di lakukan sekali.
Komplikasi
Komplikasi
dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya. Sekira jangkitan kuman
pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian
dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik.
Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis
pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai
memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau
ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti
ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut
adalah senggugut primer yang normal.
Di
era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat
kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan
sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh
mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti
prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di
campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa
yang panjang.
Selain cara dan rawatan yang disarankan
kita juga boleh mencuba GLA Complex untuk mengatasi senggugut yang sering
menyerang setiap kali dating bulan.
SIAPA PERLU MAKAN GLA
COMPLEX?
§
perempuan yang
mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur
§
perempuan yang
berkahwin untuk kesuburan dan ingin hamil
§
perempuan yang ingin
mendapatkan kulit wajah yang cantik serta menghilangkan jerawat
§
perempuan yang
menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.
APA FUNGSI GLA COMPLEX?
§
membetulkan hormon dan
kitaran haid
§
melegakan kesakitan
ketika datang haid
§
meningkatkan kesuburan
§
melambatkan menopaus
§
memperlahankan proses
penuaan
§
menguatkan rambut dan
kuku
§
membantu memudarkan
parut jerawat dan jeragat
§
melembabkan
kulit dan menjadikan kulit wajah berseri-seri
§
menangani masalah
ekzema
§
mengawal kolestrol
§
menguatkan dinding
ateri
§
meningkatkan sistem
imun tubuh
Selain itu, kita juga
boleh mengamalkan membaca doa ini :
Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultansi percuma apabila anda membuat pembelian dari saya.
Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang,
Pengedar Shaklee UKM,
Pengedar Shaklee Putrajaya,
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten,
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi
Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee
Saya merupakan Pengedar Shaklee Bangi,
Pengedar Shaklee Teras Jernang,
Pengedar Shaklee UKM,
Pengedar Shaklee Putrajaya,
Pengedar Shaklee KPM,
Pengedar Shaklee Uniten,
Pengedar Shaklee MFI.
Pengedar Shaklee Sungai Besi
Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee
0 comments:
Post a Comment