UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali
kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir
pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan
kerana menjalani ibadah puasa.
“Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat
menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa..
“Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana
penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu
dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan,” kata Zatul Hijanah
Ramzi.
Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian
Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu
badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
“Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak
bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan
bayi,” ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan
minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak
seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah
bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
“Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas
berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air,
tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya
penghasilan susu,” jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan
mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana
kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong
kepada kemerosotan kuantiti susu badan.
Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan
ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga
menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu
bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan
sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus
membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.
Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila
melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga
menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada
ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan
seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya
permintaan.
“Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya
faktor dan konsep ‘permintaan dan penawaran’ adalah amat penting.
“Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan
oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan
oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu,
terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan
penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of
Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat
dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu,” jelasnya.
FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses
penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?
FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya
rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu
yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan
rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti
mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.
Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar
penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.
“Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering
dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya
menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.
“Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya
atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada
setiap dua jam atau tiga jam sekali,” jelasnya.
Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan
nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.
Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima,
Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan
Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.
“Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang
dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam
susu untuk anak saya.
“Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya
kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak
buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya yang merupakan penterjemah dan
penyunting sambilan.
Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu
memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak
ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan
pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu
perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan
terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.
“Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan
puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih
banyak air dan pam susu dengan lebih kerap,” ujarnya.
Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana
jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.
Sumber : http://duniasusuibu.com/ramadhan/susu-ibu-tidak-akan-kering/#.U3mkrfmSzms
Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian dari saya, sebagai pengedar Shaklee Bangi,Teras Jernang, UKM, Putrajaya, KPM,Uniten. Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee
Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang vitamin atau supplemen yang paling tepat / paling sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian dari saya, sebagai pengedar Shaklee Bangi,Teras Jernang, UKM, Putrajaya, KPM,Uniten. Hubungi saya ditalian bebas tol 0126064306, atau LIKE saya di page www.facebook.com/ZaleesyBeautee
0 comments:
Post a Comment